INTRODUCTION TO AT41 (PENDIDIKAN MORAL)UPSI
Tahukah anda Upsi satu-satunya yang masih menawarkan kursus Pendidikan Moral atau lebih dikenali sebagai AT41. Dalam kursus ini akan lebih mendalami apa itu moral,etika dan akhlak sekaligus. Apa yang jelas,anda perlu membezakan tiga konsep ini kerana ketiga-tiga ini perkara yang serupa tetapi mempunyai pemahaman yang tidak sama.Ramai yang beranggapan kursus ini mudah dan cuba mengambil sambil lewa terhadap moral itu sendiri. Setelah anda mendalami apa itu moral anda akan melihat setiap perlakuan, perasaan, dan tingkah laku seseorang itu dengan perspektif yang berbeza.
Pendidikan Moral di Malaysia mempunyai sejarah tersendiri di mana anda akan mempelajari subjek-subjek khas dibawah bidang ini. Subjek yang bakal anda ambil tertakluk kepada buku panduan fakulti yang akan diedarkan pada semester satu. Buku tersebut akan anda guna sampailah anda memegang segulung ijazah. Di UPSI, Pendidikan Moral diletakkan dibawah Fakulti Kemanusiaan.